Kisah pembonceng motor (PILION) amatur

Saya ni bukan bikers kental macam yang anda semua selalu nampak kat highway tu. Tapi, saya nak sangat ambil lesen B full. Dulu lagi saya nak ambil masa buat lesen keta tu. Tapi mak x bagi. Mak cakap “nak buat hape??”

Ha…masa tu mak x tau jodoh anak dia ni dgn seorang peminat tegar motorsikal berkuasa tinggi. Adeh…

So, hari tu. Nak dijadikan cerita, saya dan husben join Ratpack ke Segamat. Saja nak makan udang galah katanya. Huhu. Oh ye, kalau nak tahu sejak suami saya beli motorbike ni, dia x pernah ikut konvoi sana sini. Bak kata orang tu, beli motor takat nak beli ikan kat pasar katanya. Sian die kene kutuk. Kihkihkih

So, disebabkan tak pernah join diorang ni, perasaan takut & risau tu ade. Tapi…sayang husben punya pasal kan, ku turutkan jua. Lagipon, x sedap hati pulak kan. Dia ride sorang2, jadi ape2 kang kite yg nyesal. Huhu.

So, without preparation dalam keadaan yg senggugut perut, kami redah je. Cuma, malam tu memang saya telan pil kesayangan saya tu. Ape lagi kalo bukan Ostematrix. Kononnya nak tidur lena. Sebab nak bangun awal dan hilangkan senggugut. Telanla sekali empat bijik. Memang terbuai terus la…

Esoknya, harinya pon tiba. Yg bestnye senggugut pon hilang. So, xyah nak risau manjang dah. Kihkihkih. Kami bertolak dari Fastbikes PJ lebih kurang 9 pagi dan melalui highway “tak ingat” sampailah berhenti Plaza Tol Pedas-Linggi.

hahahadoi…pengalaman x boleh dilupakan lah…giler betul mereka2 itu meninggalkan kami yg sangat amatur ni. Ku ingat kalau da 160 170 tu da kira speed laju giler. Mereka hanya melambai kami selamba sahaja! Adeh…sakit jiwa tengok!

So, sampai di checkpoint Pedas-Linggi tu untuk berehat2 disamping menanti sahabat lain yg bukan dari KL, diorang pon tanya saya “ok tak? ok tak?” Macam concern yg x berapa nak concern la kan(haha). Sebab apa tau? Husben saya pakai motor Naked, Street Triple. Bukan touring bike. Which is tak sesuai untuk bawak pilion. (kalau xtau camne google la ek).

Surprisingly! I am OKAY! Serious! Sebenarnya saya tak percaya jugak saya ok. Yes, ofcourse atas motor mcm nak patah pinggang. Tapi, bila da turun tak lah rasa lenguh or what. Saya tak tipuuuuu…

Riding ni memang best. Dulu, saya rasa ride ride ni perkara buang masa. Say dok pikir apelaaaa yg diorang ni suka sangat nak ride konvoi sama sama siap cross border. Buat apa? Naik kapal terbang dah la kan? Siap ade tu, nak sarapan lempeng je kat mana entah, tu pon nak ride sesama. Apa laaa…

Tapi, nak tau tak kenapa diorang ni suka ride sana sini?

Pertama – sebab diorang ada motor. kalau ada motor simpan kat rumah buat pekasam buat ape ye dak?

Kedua – dorang beli motor ni sebab nak “main motor” tau main motor tu ape? Ha…sebab nak test ke”power”an motor tu. tu la diorang ni ride bukan hepi sangat kat hi-way. diorang suka redah kampung main selekoh. Busuk2 pon kat Karak Highway tu. Haha!

Ketiga – diorang jenis suka travel. tapi travel leisure2 gitu.

Tapi, banyak2 sebab kat atas ni, sebab kedua tu. “main motor”

 

Nak main motor kene ada kelengkapan rapi. Kalau tak, kena marah. Macam saya. Haha!
Amacam? Bergaya tak? Yela…setakat jadi pilion bolehlaa…
Kawan baru.
Nanges tengok motor ni. Semoga satu hari nanti dapatlah satu. Haha!(motor pinjam ni)
Ni lah motor yg mampu kami tunggang. Heee
Balik rumah telan Ostematrix & Nutriferon. Tak demam! syok wooo!

Oh, anyway. Masa nak balik dari Segamat tu, hujan lebat giler. Mula2 tengok langit macam ok je. Rupanya tak. Jadi, syoknyeeeee la mandi hujan. Tapi memang lebat wey. So, redahhh je la…

Pelajaran berdasarkan pengalaman ni:

  • sebelum nak ride, kene well prepared. kena lengkap dgn boot, jaket, glove & bag kalis air. kenapa tau tak? sebab, safety. Safety untuk diri & poket. Cube bayangkan xde beg kalis air. Memang kena beli telepon baru la…
  • matlamat ride. macam saya dan husben adalah amatur. kami x pernah join ride konvoi camni. masa ride tu, saya perasan husben saya speed luar dari kebiasaan. dia takut kena tinggal. tapi sebenarnya, bukan mcm tu. ride is for fun. fun while reach your destination.
  • keluar dari zon selesa. honestly saya berat hati nak join ride ni. tapi, saya beranikan diri. ada orang cakap, when u are smarter in a room, u need to move out. so, mcm saya. kalau saya x join, saya xtau pon mcm mana ride ni sebenarnya. hehe

So, itu je la kisah pembonceng motor amatur seperti saya. Haha. Sorry la kalau tak berapa best. kihkihkih.

Tapi, ada satu tips untuk orang yang suka main motor or yg ingin berjinak2 dgn dunia motor ni atau yg ingin beraktiviti lasak. Sehari sebelum aktiviti, dapatkan tidur yg lena. Tidur yg berkualiti menjamin aktiviti yg bermanfaat.

Nak dapat tidur yg berkualiti? Telan lah Ostematrix. hahahhaha

 

Order produk/ Bisnes Shaklee dgn Sumie

012.618.8159

snursumiyah@gmail.com

 

Nostalgia zaman kanak-kanak

Ayah saya dulu seorang technician di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Ingat lagi, time kecik2 dulu ayah selalu bawa saya & family ke TV program. Macam…Hiburan Minggu Ini(HMI), Sendaloka Bersama Singer(SBS), Di Mana Joe Jambul(DMJJ) dan macam2 lagi la. Siapa yg lahir 80’s dia tau la program DMJJ ni. Hehe.

Selalunya bila ikut ayah ke TV program ni, mesti esoknya atau hari program tersebut, ayah akan bagitau bila program tu keluar tv. Nanti, siap2lah duduk depan tv. Bukan nak tgk pon program tu, saja gatal nak tgk muka sendiri masuk tv. Haha.

Dulu, takde Astro atau tv program lain. Yg ade channel TV1, TV2, TV3 je. So, bila kat sekolah ada yg tego “eh, sumie…aku nampak muka ko dalam tv!” – tu da jadi kebiasaan. Malu memang malu la. Haha!

Filem Negara, Angkasapuri, bilik berita, seleberiti, menteri…dah jadi kenangan sangat buat saya. Especially ayah kot. Dah berapa lama ayah pencen. Kengkadang rindu pulak zaman2 tu. Hihi

Ingat lagi, kerja ayah dulu selalu outstation. Boleh kata seluruh pelusuk Malaysia ni, ayah dah pergi. Itu sebabnya kalau berjalan dengan ayah, pergi luar dari Selangor, takde hal. Satu, sebab ayah jenis redah. Kedua, sebab kebanyakan tempat yg dia pergi adalah tempat yg dia dah pernah pergi.

Ayah punya outstation dulu bukan melibatkan sehari dua. Selalunya seminggu paling sekejap dan kalau ada acara besar, macam Komanwel, SUKMA, Sea Games, ha…yang tu agak lamaaa sangat nak jumpa ayah. Masa tu la, kitorang duduk kat rumah dgn mak kadang2 ketakutan. Pernah satu ketika, tinggal saya dan mak je kat rumah. Abang & kakak2 semua dok asrama. Imaginela macam mana tidur kat rumah tu pasang semua lampu. haha!

Tapi, yang bestnya bila ayah outstation, balik dari outstation mesti ayah akan beli “jajan”. Keropok lekor kalau ke pantai timur, periuk kuali kalau ke Langkawi. Kalau ade program besar2an, ayah akan belikan kitorang maskot, t-shirt dan gift2 yg dijual. Ayah selalu cakap ayah dapat free. Tapi, saya tahu, ayah beli ;’)

Beberapa tahun sebelum pencen, ayah dah kurang outstation. Masa tu arwah nenek start sakit tua. Ayah kerap pergi rumah nenek dan berjaga di sana. Tapi, masih sempatlah buat program tv. Tak silap saya paling latest waktu tu rancangan “Apa Kata Wanita”.

Kerja ayah bagi saya sangat2 best. Walaupun ‘biasa-biasa’ aje(yelah, technician duduk belakang tabir kan), bagi saya kerja macam ayah tu impactnya di kehidupan seharian.

Ayah bekerja, sambil belajar. Waktu dirumah kurang dgn anak2 demi masa depan anak2. But, at the end of the day, ayah pencen dgn gembira. Anak2 dibesarkan dgn cemerlang, ade kerjaya masing2, dan sekarang dia buat apa yg dia nak buat walaupun sepatotnya dalam usia dia 60++ ni, dia dah tak payah buat apa pon. Rileksss kata orang tu. hehe.

Saya? Saya pon nak jadi macam ayah. Selalu pikir jauh. Selalu pikir masa depan, untuk org2 yg saya sayang. Cuma, kaedahnya berbeza. Saya pilih untuk kerja dirumah. Saya pilih untuk memiliki masa saya sendiri. Sebab, bagi saya masa tak boleh berpatah balik. Saya taknak repeat masa ayah. Selalu berjauhan dgn kami. Apa yang ย saya nak ialah saya sentiasa ada sekiranya mak ayah abah perlukan saya.

Itu sebab saya memilih bisnes ini ;’)

Feminin TV1
Nice shot from Feminin TV1 program. Nostalgia zaman kanak2 kembali serta -merta. Hihi

 

Feminin TV1
Tak pernah kene interview. Gugup sampai terpejam2 mata. Haha!
Thanks Mira for the opportunity :)
Kenangan bersama Tan Sri Paduka Seri Zaleha Ismail semasa Hi-Tea Wanita Inspirasiku 2015. Dia pesan suruh makan Collagen Shaklee untuk dapat kulit cantik macam dia tau!

 

 

Order Produk Shaklee/ Bisnes Shaklee dgn Sumie

012.618.8159

snursumiyah@gmail.com

Kerana ayat ini, saya buat keputusan drastik!

Assalamualaikum & salam sejahtera ๐Ÿ™‚

Bukan lagi desas-desus, bukan lagi gossip. Ianya memang realiti yg diimaginasikan seperti sebelum ini.

Saya sudah berhenti kerja makan gaji. Dan kini saya sepenuh masa bekerja dari rumah. Handle bisnes Shaklee saya fulltime.

Ye, memang drastik! Walaupun saya menghadapi dilema dan tekanan utk membuat keputusan ini. Tapi…

“faiza ‘azamta fatawakkaltu ‘alallah”

Tatkala saya berada dalam dilema, kesusahan, keberatan dan segala2nya, maka terpacullah ayat ini di timeline FB saya.

“jika kau tekad, maka berserahlah kepada Allah”

Maka, saya pun tekad. Tanpa sebarang keraguan kecuali hanya percaya pada Allah Ta’ala.

Ramai yg terkejut. Especially clients company saya. Mereka assume saya dapat better offer. Nope! Oh, actually YES! Saya dapat offer position sebagai Accounts Manager, dengan gaji yg lebih tinggi – additional alowance provided. 

Tapi saya tolak. Sebab, back to WHY saya resign. Saya nak MASA saya. Saya nak hanya saya manage masa saya, kerana saya yakin kehidupan yg selesa adalah dengan masa yg cukup. Dan, dari masa lah sumber income itu wujud.

Mula2, saya tak yakin. Tipu kalau saya tekad, perasaan ragu2 tu masih ada. Tapi, Allah Maha Mengetahui. Bila mana satu pintu rezeki itu tertutup, maka yg lain terbentang luas.

Order Shaklee bertambah. Saya dapat business partner baru, dan saya puas menghabiskan masa sebagai suri husben saya & masih menjadi wanita bekerjaya.

Alhamdulillah. Perancangan Allah Maha Hebat!

Official announcement for my resignation

Kelmarin, saya masih bertanya husben saya…

“abang, Sumie buat keputusan yg betul ke?”

Husben cakap…”YES, Sumie buat benda betul”

Allah nak tunjuk, perancanganNya Maha Hebat bilamana saya di uji dgn keadaan mak yg tak sedarkan diri keesokan harinya. Saya berfikir, kalau saya terus bekerja, dan pada tarikh ini, saya sedang berperang dgn closing di office, logik ke utk saya EL selama mungkin utk sentiasa disisi mak saya?

Subhanallah. Allah Maha Mengetahui.
Sumie

Resepi Puding Jagung

Assalamualaikum & salam sejahtera ๐Ÿ™‚

Sewaktu saya bekerja dulu, saya sentiasa cakap dalam diri. Bestnyeeeeelah kalau duduk rumah. Boleh buat apa yg kita suka, boleh pergi mana yg kita nak, boleh spend waktu kita dengan apa jua perkara pon. Syooook wooo…!

Saya suka baking. Seriously, saya suka baking tapi saya x suka makan kek. Untung kan kawan2 saya. Kalau mood baking saya sampai, diorang org yg paling happy kot. Hahahaha!

So, last week saya teringin nak makan puding jagung. Sekadar nak rasa je sebenarnya. Boleh je pergi tepi jalan beli kan? Tapi…eh, saya ada banyak masa, kenapa tak nak gunakan, kan?

So, saya pon menggagahkan diri untuk buat puding jagung, dessert kegemaran saya. Dan saya sangat2 suka sebab rasa puding jagung tu saya boleh control sendiri. Hahahahha!

Puding Jagung
Puding Jagung – abaikan ketidaklicinan surface die tu. Sebab tak sabar nak makan lah jadi buruk. Haha!

Ok, takkan tengok je kan? Meh nak share resepi. Resepi paling simple dan mudah di abad ini. Sesuai utk orang malas dan tak berapa nak ada bahan. Hihi.

Resepi Puding Jagungย 

1 tin jagung dalam tin – yg berkrim, bukan jagung ketul2

1 tin santan – saya guna santan kotak sebab malas nak perah santan

1 tin air

1 cawan gula – saya letak 1/2 cawan sbb saya x suka makanan manis sangat

1 cawan tepung kastard

Cara2nya:

  1. masukkan jagung, air, gula. kacau sampai gula larut
  2. masukkan santan. kacau jap.
  3. masukkan tepung kastard. kacau sampai likat dan berkilat.
  4. kalau dah kacau2 sampai mengah2 tu, dah boleh masukkan dalam acuan.
  5. masukkan dalam acuan. biar sampai sejuk. siap!

Senang, kan?

Sebabkan saya cuma nak rasa siket je. Jadi….

Puding Jagung
Rezeki kengkawan :)

Tapi, kengkawan tak free dan xdapat jumpa. Jadi, makanya jadilah rezeki orang lain ๐Ÿ™‚

Selamat mencuba!

==========================================

Stay Healthy & Wealthy

Sumie | 012.618.8159 | snursumiyah@gmail.com

==========================================

Apa yang badan anda perlukan

Assalamualaikum & salam sejahtera ๐Ÿ™‚

Anda pernah tahu tak, apa yang badan anda perlukan, tapi anda tak sedar ianya sangat diperlukan oleh badan anda?

Tricky, kan?

Tapi, anda selalu rasa penat, senang mengantuk, sakit kepala, stress dan kadang-kala sukar untuk membuang – sembelit!

Tahu tak? Keadaan2 macam ni menunjukkan anda kekurangan nutrisi. Dan, kekurangan nutrisi dalam badan akan memberi kesan jangka panjang. Paling simple – mental illnesses. Seram tak???

Ok, hari tu saya sempat hadir ke perbincangan bersama nutritionist Nurul di KL Branch. So, hasil discussion tu, Nurul sarankan sangat2, 3 komponen penting dalam penjagaan kesihatan bagi memastikan kita tidak menerima risiko2 penyakit kronik.

PROTEIN

Seperti yg sedia maklum, badan kita dibina oleh sel-sel. Protin adalah “makanan” kepada sel tubuh badan kita. Ianya berfungsi untuk renew sel mati dan memelihara sel yg sedia ada. Badan yang sihat perlukan makanan yang sihat. begitu juga sel-sel ini. So, protin dari ESP adalah protin yang berkualiti tinggi yg dihasilkan daripada soya yg tidak diubahsuai genetiknya. Ianya tulin, selamat, dan semulajadi bagi membantu membina tulang, gigi, dan keseluruhan tubuh kita. Pengalaman saya sendiri consume ESP ni, ianya mengenyangkan. Sangat sesuai utk yg nak kurus. Selain tu, ianya mengekalkan tenaga. Itu sebabnya ia dinamakan ENERGIZING Soy protein – minuman tenaga.

MULTIVITAMIN

Multivitamin a.k.a Vitalea adalah sangat penting untuk memenuhi “nutrition gap” dalam tubuh kita. Ianya membantu memenuhi kekurangan zat dalam tubuh dan mengurangkan apa-apa yg terlebih dari tubuh kita. Vitalea Shaklee sangat bagus sebab mengandungi 28 vitamin dan minerals yg diperlukan oleh tubuh – lengkap. Apa yang best sangat tentang Vitalea ni, jika anda plan utk kurus, ia sgt2 membantu anda untuk mengatasi masalah nafsu makan. Anda kurang rasa nak makan makan makan. Sebabnya, vitamin2 yg terkandung dalamnya membantu anda memenuhi keperluan tubuh anda.

OMEGA 3 ASID LEMAK EPA/DHA

Tahu tak? Badan kita tak boleh produce Omega 3 ย asid lemak EPA/DHA yg sangat2 diperlukan oleh tubuh. Omega 3 ni sangat2 membantu mengurangkan keradangan. EPA/DHA membuktikan bahawa ianya sangat penting untuk kesihatan jantung, ketajaman fikiran, menstabilkan mood dan membantu juga untuk kecantikan kulit – ni memang sangat2 pompuan suka nak dengar kan? Hehe ๐Ÿ™‚ Para doktor juga menyarankan pengambilan 1000mg – 2000mg sehari. Dan, Omegaguard Shaklee sememangnya minyak ikan yang tulen, yang mengandung EPA/DHA yang tinggi. Kalau makan Omegaguard ni berpeluh2, jangan risau. Sebabnya, minyak ikan membantu dalam pembakaran lemak. Normal lah kalau berpeluh kan? Macam tengah senaman tu…

Essential Nutritions

Nutrition penting ni sangat2 membantu kesihatan anda dalam masa panjang. Tapi, kalau anda amalkan sekarang, much better laaa ๐Ÿ™‚

=====================================

health & wealth with shaklee

sumie | 012.618.8159 | snursumiyah@gmail.com

=====================================

Prediction vs Reality

Assalamualaikum & salam sejahtera ๐Ÿ™‚

Alhamdulillah, baru selesai menghadiri Grand Business Opportunity Meeting dibawah program Jejak Jutawan yang di anjurkan oleh Shaklee Malaysia. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. Dan team kami berjaya membawa 6 prospek baru yang serious ingin tahu bagaimana Shaklee dapat memberi kehidupan yang lebih sihat dan selesa.

Disebalik program sebegini, ada kisah yang agak best saya nak share.

Teringat masa mula-mula saya join bisnes Shaklee ni. Masa tu upline saya ajak datang ke satu event yg di panggil “Motivation Rally dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri”. Haram jadah saya tak tahu apa tu Motivation Rally. Yang saya tahu waktu tu, open house dan MAKAN FREE. Hahahaha…Tapi, nak bisnes punya pasal, saya redah je la.

Masa tu saya keseorangan. Saya cuma kenal upline saya je. Tak kenal sesiapa pun. Malu, segan, bercampur baur dan rasa nak patah balik rumah pon ada. Masa tu juga, saya tahu husben saya menyokong saya untuk berbisnes, tapi dari riak muka dia saya tahu dia tak happy nak datang event tu. Biasalah, MLM…apa yg U boleh expect selain “alaaa…MLM ni bisnes penipu. makan duit orang. upline goyang kaki, downline makan kaki”. Tapi, sayang bini punye pasal kannn…teman je la…haha!

Apa yang dalam fikiran saya masa sebelum event tu bermula adalah:

  • sesiapa pun yg berucap waktu tu dia akan mulakan ucapan dia yg berbunyi macam ni “apa khabar jutawan “L***!!!” dan semua orang pon bertepuk tangan dengan gemuruhnya(saya sangat annoying dgn perkataan seperti itu T_T )
  • dan adalah lagu semangat2 siket nak menyemarakkan semangat kononnya…
  • pintu dewan ditutup rapat2 so that nobody can get out of the room. (ini sangat serius sbb mengikut pengalaman time kecik2, nak pegi buang air pon kene tahan. grr…)

Tapi, apa yang berlaku sebaliknya:

  • masa pembukaan majlis, ada “Master Parade”. Master Parade ni rupanya emcee akan menyambut kesemua Master masuk ke dalam hall, melalui red carpet & diiringi lambaian kasih-sayang(cewah! ala2 role model gittew). Ramai giler master waktu tu, tapi “master” tu pon ku tak tahu ape benda. haha!
  • kebetulan masa tu, ada special guest dari USA(serius lupa nama) tapi mereka ini adalah antara orang terpenting dalam Shaklee Corporation(orang kanan Roger Barnett lah lebih kurang)
  • lepas tu barulah ada slot motivasi. takdelah motivasi sangat. cumanya, ianya sharing dari master2 yg dah berjaya dengan Shaklee. Sharing mereka inilah motivasi sebenar. Kat sinilah titik tolak yang kalau anda join Shaklee & event camni, anda akan “WOW!!!” bila dengar sharing mereka ni.
  • lepas slot motivation tu, maka sampailah slot penganugerahan ย – rewards untuk para leaders yg berjaya mencapai rank dan efektif dalam bisnes cycle tersebut. Di slot ini, anda akan “WOW!!!” lagi sekali. Sebabnya, emcee akan reveal jumlah pendapatan yg mereka ini dapat. Ok, kalau nak tahu, minimum pendapatan yg boleh anda perolehi di rank paling rendah adalah RM20,000 tahunan. Tidak termasuk insentif lain seperti tabung kereta.

Prediction vs Reality…kihkihkih (tampar muka sendiri)

So, apa yang terjadi selepas saya dan husben pergi ke event ni?

—–> saya serious berShaklee secara part time

—–> mata & hati husben saya terbukak luas

Saya berfikir, kalau saya tak pergi event macam tu, setahun yang lepas:

  • saya masih “selesa” dengan kehidupan saya yang sememangnya tak selesa
  • abah mertua saya tak pergi haji tahun ni – ini perkara yg serius & sensitif untuk diceritakan. haha!
  • saya takkan dapat define apa itu “success” – i mean, real success!
  • saya takkan duduk dirumah sekarang ini sambil masak makanan kegemaran suami, sambil tengok tv, ataupun shopping di waktu ketidaksesakan manusia.

Haha. Point last sekali tu memang paling menarik, kan? So, moral of the story yg saya nak sampaikan ialah:

  • BERHENTI BERBURUK SANGKA –ย ย ini akan membawa akibat yg buruk. apabila anda bersangka buruk, anda akan menjadi magnet dan menarik keburukan. sebab, anda dah set dalam minda sesuatu yg buruk. so yg buruk2 akan follow anda. result sesuatu perkara pun buruk ler jawapnye…
  • “kalau padi katakan padi tidaklah aku tertampi2. kalau jadi katakan jadi tidaklah aku ternanti” – gitu siap nyanyi! haha… maksudnya, setiap keinginan/kehendak kita perlu capai dengan pantas. saya yakin ramai kat luar sana nak hidup selesa dan kaya. bagi saya, go for it and grab it! janganlah kata nak kaya, tapi masih di takuk yg lama. nothing to do kecuali merungut.
  • sentiasa sokong pasangan anda. kaadangkala pasangan kita cuba nak bantu kita hidup lebih selesa. jadi, janganlah terus buat sesuatu keputusan tanpa ilmu. pendapat saya, bagi ruang pada diri sendiri untuk mengkaji sesuatu, fahami dan baru buat keputusan. jangan sampai biarkan pasangan anda buat kerja diam-diam tanpa pengetahuan. kesian dia ๐Ÿ™‚
Business Opportunity
Dulu saya seperti mereka, tak tahu apa-apa, datang dan belajar. Sekarang pon. Haha!
Business Opportunity
Public Awareness. Sebab tol baru naik kan. Ramai yg perlukan pendapatan tambahan untuk tingkatkan ekonomi.

Business Opportunity

Business Opportunity

Business Opportunity
Bisnes mak-mak katanya. Tapi, untuk bantu bapak-bapak jugak. Kan?

Setahun yang lepas, with a cracky motion, husben dan saya(of course saya) pejam mata je jalankan bisnes ni. Walaupun tak kaya raya (which I have my own definition about kaya raya) macam orang lain, kami redah je. Jatuh bangun dalam bisnes, biasalah. But, at least kami dapat capai target kami(target tu SANGAT BESAR ok!) Dan yang paling best saya dah tak payah rushing pergi ofis, hari ini. Hahahahahaha!

 

==========================================

order produk shaklee/ jom bisnes shaklee

sumie | 012.618.8159 | snursumiyah@gmail.com

==========================================

 

Restoran Alissara Thai Cuisine

Assalamulaikum & salam sejahtera ๐Ÿ˜‰

Siapa kat sini suka makan ala-ala Thai?

Sumie nak suggest satu tempat makan best.

Namanya Restoran Alissara Thai Cuisine. Ianya terletak di Puchong Perdana.

Restoran ni menjadi kegemaran suami Sumie. Sebab, ianya menyediakan masakan Thai asli.

Masakannya disini tak macam kedai2 tomyam kat tempat lain. Disini, rasanya seperti ada resepi sendiri. Eceh…

Jom layan gambar jom…

restoran alissara
Restoran Alissara Thai Cuisine

Ok, kedai ni terletak di hujung deretan kedai. Kedai yang agak kemas dan sesuai untuk makan bersama keluarga yang besar. Sebab portion makanannya agak besar. huhu

somtam daging
Somtam Daging

Ok, ini Somtam Daging. Suami Sumie suka sangat Somtam ni. Untuk yang biasa makan pedas2 macam Sumie ni, ni tak berapa nak pedas sangat. Bagi orang yang biasa2 je, Somtam ni agak pedas sampai berpeluh2(macam suami saya.hihi)

tomyam
Tom Yam Campur

Tom Yam Campur. Isinya ada udang, sotong, cendawan, ayam. Ketul2 besar dan kaya dengan isi. Hihi. I loikee ๐Ÿ˜‰

ketam kulit lembut
Ketam Kulit Lembut

Ok, sebab utama husben nak sangat makan kat sini sebabnya ini. Ketam Kulit Lembut. Dah lama sangat mengidam nak makan benda alah ini. Ketam Kulit Lembut ni apa? Sebenarnya ianya adalah ketam yang baru bersalin kulit yg ditangkap dari laut. Rasanya? Lembuuuuuut je ๐Ÿ˜‰

Harga? Bagi Sumie oklah. Berbaloi makan RM50 untuk 2 orang tapi siap boleh tapau bawak balik.

Anda rasa? Berbaloi tak?

.

>>> Pssssttt…makan ala ala Thai ni, saja nak berlatih biasakan lidah. Tahun depan kan nak pergi Bangkok ๐Ÿ˜€

.

Nak ikut? ๐Ÿ™‚

bangkok trip

 

Sumie

012.618.8159

snursumiyah@gmail.com

Hallo September!

Assalamualaikum & salam sejahtera ๐Ÿ™‚

Bulan ni bulan September.ย Bulan yang agak istimewa.ย Sebabnya?ย Sebab, bulan ni ramai sangat orang2 yang Sumie sayang sambut birthday.ย Abang Ngah, sepupu sepapat Sumie semuanya berderet sambut birthday.ย Tapi, ada lagi sorang yang sangat istimewa sambut birthday bulan ni.ย Hehe. Siapa lagi kalau bukan suami tersayang(eceh…)

Ok, lupakan kejap pasal birthday ni. Nak cerita, Shaklee ada offer yang sangat best bulan ni! Apa dia?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

ESP Buy 6 Free 1

 

Tu dia…kalau beli 6 canister Energizing Soy Protein ni, dapat FREE 1 canister. Tapi, kalau tak larat beli 6, boleh beli 2. Dapat diskaun 5%.

ESP ni best tau. Instant protein hasil dari soya kualiti tinggi yg tak diubahsuai genetiknya. Lepas tu, ianya rendah gula. So, maknanya bila kita minum soya ni, ianya x membantu kita untuk lapar. Infact, ianya memberi tenaga lagi tau. So, siapa yang nak diet atau nak turunkan berat badan ni, Sumie memang suggest untuk consume ESP ni secara consistent.

Ingat lagi dulu-dulu time kecik2, mak cakap banyakkan makan soya, nanti kulit cantik, otak bijak. Hehe. Dulu, time kecik2 manalah nak tau. Asal dapat bedal sudey…Tapi, bila dah besar ni, dah banyak belajar and membaca, barulah, “ooo…yelah, betullah apa yg mak cakap tu” So, untuk ibu2 yang sedang mengandung atau yang sedang menyusukan anak, cubalah amalkan ESP ni. Sebab, ianya membantu membanyakkan & memekatkan susu. Anak pun cepat kenyang. Mak pun bertenaga. InsyaAllah, bagi yg sedang pregnant tu, bakal dapat anak yg bijak. Amin ๐Ÿ™‚

Vitalea kids Buy 3 Free 1

 

Oh ye, selain promo ESP ni, Shaklee juga tawarkan promosi Vitalea for Children. Hmm…siapa kat sini anak2 suka sangat makan junk food, lepas tu x suka makan, atau selalu senang sakit? Sumie sarankan amalkanlah Vitalea ni. Ianya seperti gula-gula anggur, tapi tidak merosakkan gigi. Sebiji Vitalea ni mengandungi semua vitamin and minerals yg diperlukan oleh badan anak2 kita. InsyaAllah, anak juga x mudah kene serang penyakit.

Oh ye, tadi Sumie ada cakap pasal pregnant & menyusu kan?

Ada sesiapa yang sedang menghadapi situasi kedua2 ini? Atau, kawan2 ke, sedara mara ke, atau sesiapa lah.

Nak bagitau, Shaklee bermurah hati nak bagi FREE VITALEA kepada sesiapa yang membeli Set Prenatal & Postnatal. Maknanya, kalau anda beli 1 set natal ni, anda dapat Vitalea 2 botol.

Tapi, lebih bagus lagi kalau anda register sebagai ahli. Sebab, dengan keahlian anda, anda layak untuk dapat harga yang jauh lebih murah dari harga retail. Dan anda layak dapat 1 botol Vitalea PERCUMA. Disebabkan anda membuat pembelian dalam bulan ini, anda layak dapat lagi 1 botol Vitalea secara PERCUMA. Oh ye, jangan tak tahu, set natal Shaklee memang ada Vitalea. So, in total anda dapat 3 botol sekaligus! Best ke best?

Jadi, jangan lepaskan peluang. Shaklee memang murah hati tatkala zaman gawat gini donggg ๐Ÿ™‚

Free Vitalea for Yes Pre & Post Natal

 

Ok, last attraction untuk bulan September yang penuh ceria ini. Hihi ๐Ÿ˜‰

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Trip Ke Bangkok

Trip ke Bangkok for FREEEEEEEE!

Marvelous! Shaklee nak belanja pergi Bangkok 4 hari 3 malam 2016 nanti. Reward ni layak kepada saya(hehe) dan AWAK juga.

Syaratnya? Kene jadi Shaklee member.

Bagaimana? Boleh rujuk sini.

 

Da~~~

 

Sumie

snursumiyah@gmail.com

012.618.8159

Berpindah dari “.blogspot” ke “.com”

Assalamualaikum & salam sejahtera ๐Ÿ™‚

Weee!!! Alhamdulillah!

Akhirnya tercapai jugak hasrat nak tukar dari “.blogspot” ke “.com” ni.

Hihi. Malu ๐Ÿ™‚

Orang lain dah ke bulan kita baru nak start enjin kereta.

Tapi, tak kesahlah kan. Asalkan berjaya. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah!

Cuma, biasalah. Sebab baru bertukar kan, banyak benda “hilang” dan Sumie kene godek2 dan catch up balik.

Hmm…semua list followers(macam ramai je. bluek!) dan list blogger dah takde dalam blog ni dah.

So, Sumie kene regenerate balik kot.

Camne ye?

Kawan2 semua ade idea?

Atau, ada sesiapa kat sini terror pasal blog, wordpress nak ajar Sumie? Hehe ๐Ÿ™‚

Ataupun, ada suggestion mana2 website yg Sumie boleh follow utk belajar lebih details lagi?

Kalau ada, tenkiu sesangattt!

ailebiusomuchmuahmuahlah!

Haha!

Ok, sampai sini dulu untuk hari ni.

Esok ada cerita lagi. kihkihkih ๐Ÿ™‚

 

Sumie

snursumyah@gmail.com

0126188159

Blogging & Blogwalking

Assalamualaikum & salam sejahtera ๐Ÿ™‚

Blogging ni sebenarnya bukan sesuatu yg baru dalam life Sumie.

Actually Sumie mula berblog masa zaman Friendster dulu.

U all ade Friendster tak? Hehe ๐Ÿ™‚

Masa tu ada function blog. So, kita pon tepeklah cerita ntah ape ape kat dalam tu.

Tapi masa tu takdelah kesah ade orang nak baca ke ape kan. Lantak je lah kan.

Tapi, masa tu jugak sebenarnya ramaaai yg follow and tinggalkan komen. Haha. Kelakar pulak ingat balik.

Lepas tu, kan tibe2 ade Facebook. Sejak ada FB, langsung dah tak bukak Friendster tu. So, berFB lah hingga kini.

Tapi, hati nak berblog tu ada.

So, Sumie pon create blog special untuk bisnes baking Sumie.

Tujuannya ofcourse sebagai platform or “kedai” online Sumie.

Selain tu, tujuan blog tu sebab nak simpan koleksi kek dan dekorasi kek yg Sumie pernah buat.

Agak2 rindu nak baking, terjahlah blog tu. Tengok, tenug lama2, sengeh sensorang. Lepas tu berangan sendiri. Haha!

But now, REALITI IMAGINASI inilah blog, rumah, pejabat, HQ kesayangan Sumie.

Tak dinafikan, sejak Sumie STOP blogging kat blog kek dan deco tu. banyak benda Sumie ketinggalan.

Ketinggalan tu dari segi MACAMMANA NAK SETUP BLOG HA?

Padahal awak tu dah pernah ada blog dah. Siap ramai viewer lagi.

So, skarang ni, Sumie kiranya masih bertatihlah. Mulakan semula apa yg dah ditinggalkan dulu. Ish ish ish…

Jadi, disebakan masih bertatih, mohon maaflah ye kalau penulisanku ini tak berapa nak best untuk dibaca.

Tapi tapi tapi…kalau singgah blog Sumie ni, tinggalkanlah link blog U all untuk Sumie follow dan singgah kembali, boleh?

Tenkiu ilebiuuuu muah muah!

Sumie
snursumiyah@gmail.com
0126188159