Tips memilih Bisnes MLM

Assalamualaikum & hai semua 🙂

Sebenarnya masih awal lagi kalo anda semua nak set up target atau azam tahun baru. Masih belum terlambat. Sungguhpun dah masuk bulan 6 ke bulan 9 ke atau bulan 11 ke, kalo anda ada sesuatu hajat atau impian yg nak dicapai, just go on. Tak payah tunggu tahun baru, baru nak buat azam, baru nak laksanakan dan sampai kesudah azam tu x tercapai2.

Macam Sumie. Kalo ikutkan 1.1.2014 Sumie memang xde azam apa2. Just pikir hidup je la macam biaseee. Sbb Sumie ni jenis kasi redah. Mungkin disebabkan Sumie jenis redahhh je, jodoh dgn Shaklee ni kuat. Haha! Sampai sekarang Sumie sustain dgn Shaklee, dan Alhamdulillah siket2 impian dan harapan tu jadi kenyataan 🙂

Hari ni, Sumie nak share TIPS MEMILIH BISNES MLM. Sumie tau, semua orang x suka MLM ni. Majoriti berpendapat MLM ni bisnes penipu, cuma kayakan orang atas & orang bawah terseksa sbb orang atas bawak lari duit. Hmm…macam ni lah. Sumie kongsikan tips berdasarkan pengalaman Sumie ye.

1. Sumie bermula dgn melihat KESUNGGUHAN UPLINE Sumie dalam menjalankan bisnes die. Walaupun busy keje opis, die sanggup korbankan waktu lunch time die utk buat bisnes sampingan die. Lepas tu sanggup balik lambat utk siapkan keje opis semata2 kalo sampai uma tu, dah xyah pikir hal opis tapi fokus pada bisnes die. Kat sini Sumie yakin, ini adalah BISNES SEBENAR. Bisnes yg x main2 dimana jika kita berusaha kita dapat hasilnya, kalo kita goyang kaki memang xkan dapat hasil apa2.

2. Sumie siket2 KAJI LATAR BELAKANG SYARIKAT MLM tu. Sumie nak pastikan, syarikat tu kukuh, dah berapa lama bertapak dalam industri, dah berapa lama bertapak di Malaysia, apa produk/ servis yg ditawarkan dan macam2 lagi tentang syarikat tu. Syarikat yg kukuh adalah faktor penting yg perlu kita pertimbangkan jika kita berminat dgn MLM. Ini bagi mengelakkan diri kita ditipu. Dan kita yakin, syarikat yg kukuh mampu memberi benefits setimpal kepada kita.

3. LIHAT PADA MODAL YG PERLU DILABURKAN. Kalo bisnes itu memerlukan modal yg bersaiz sehingga ribu ribu ringgit, Sumie suggest x yah join. Tu bukan bisnes. Tu lebih kepada sistem. Sebab tu la yg jadikan bisnes MLM tu “mati” kat tengah jalan. Ini kerana, ada kebarangkalian modal yg kita laburkan itulah yg menjadi komisyen kepada upline kita. Nak ke duit kite senang2 di makan dek orang lain?

4. FAHAMI PLAN BISNES yg ditawarkan. Samada berat sebelah atau win-win situation. Kalo plan yg ditawarkan seperti ‘ko kene letak modal RM100. Pastu ko kene cari lagi 3 org letak RM100, pastu cari lagi..cari lagi..cari..” haa…time bile ntah nak jual barangnye…Sedangkan, bila namanya bisnes @ berniaga mesti ada jual beli barang, kan?

5. SUCCESS STORY, PRODUCT STORY, EXPERIENCE STORY. Wujud x dalam syarikat itu? Jika wujud, maknanye MLM itu reliable dan boleh dipercayai. Kita perlukan Success Story utk buktikan yg pelaburan kita tidak sia2 & bermanfaat. Product/ Service Story perlu untuk melihat kualiti produk itu berkesan dan mempunyai permintaan berulang. Experience Story adalah berdasarkan pengalaman kita sendiri sebagai peniaga @ pengguna produk tersebut. Jika bisnes MLM tidak ada ketiga2 karekter ini, anda mungkin perlu pikir panjang.

Sebenarnye banyak lagi tips untuk anda memilih bisnes MLM yg sesuai untuk anda. Apa yg Sumie tulis di atas ni adalah pengalaman sendiri. Alhamdulillah, Sumie yakin dengan Shaklee. Sumie bermula sebagai pengguna, sbb Sumie happy dengan keberkesanan produknye, itu sebab Sumie x lepaskan peluang grab apa yg Shaklee tawarkan seperti Cash Bonus, dan insyaAllah Car Bonus, Convention & juga trip2 5 bintang yg kita boleh pilih nak mana satu. Haha!

Jangan tak tahu, dengan Shaklee la, life Sumie getting better. Dari segi fizikal, mental, rohani & jasmani. Dan yang paling sayu terharu, impian Sumie nak make sure abah pergi HAJI terlaksana. Ini semua hasil daripada motivasi mentor2 dan doa kami suami isteri. Jadi, kalo anda semua nak rasai apa yg Sumie rasai, jgn malu untuk bertanya Sumie lebih lanjut tentang Shaklee, ok?

The Power of Dream

Sumie | Shaklee Independent Distributor | 012.618.8159

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *