Berat badan turun, turun ke?

Assalamualaikum & salam sejahtera 🙂


Saya percaya ramai yang ingin nampak kurus dan cantik. Pelbagai cara dilakukan dan kebanyakannya mengambil langkah untuk berdiet dan mengamalkan suppliment. Bagi saya, gunalah apa cara sekali pun, asalkan matlamat tercapai dan tidak mengganggu sistem badan kita.

Tapi, tahukah anda, penurunan berat badan bukan semata2 “tgk ni, aku dah kurus” atau “aku dah sihat sekarang ni”
Menyedari hakikat bahawa, untuk kurus, cantik dan sihat bukan semata2 mengamalkan diet, baru2 ini saya berkesempatan ke gym. Dalam proses men’survey’ inilah saya dapati hakikat penurunan berat badan yg sebenar.
Sewaktu di gym, kami diperkenalkan dengan BODY COMPOSITION ANALYZER(mungkin bagi orang lain dah biasa kot. HEhe) Apa yg perlu dilakukan ialah, anda hanya perlu mengukur ketinggian dan berdiri diatas penimbang. Mesin akan generate result berat badan kita sekaligus men’describe’ berat badan kita.

Hasil perkongsian bersama personal trainer di pusat kesihatan tersebut, secara general, gambar diatas menterjemahkan perkara2 berikut:
Weight – berat badan kita secara keseluruhan
Fat % – peratus lemak yg terdapat dalam badan secara keseluruhan
Muscle Mass – Berat otot daripada keseluruhan berat badan 
Total Body Water – Jumlah air dalam badan
Bone Mass – Berat tulang secara keseluruhan
BMR – Jumlah kalori yang diperlukan oleh badan
Metabolic Age – Umur berdasarkan tahap kesihatan kita
Visceral Fat Rating – Jumlah lemak yg terdapat di organ badan kita
Apa yang crucial bagi saya adalah, % lemak, Bone Mass, Metabolic Age, dan Visceral Fat.
Ini kerana, sungguhpun berat kita ringan, tapi % lemak dalam bdn kita tinggi, ia tidak menunjukkan kesihatan kita itu pada tahap yang baik. Selain itu, tulang yg rapuh dan tidak kuat merupakan gejala penyakit osteoporosis, reumatid arthitris dan penyakit2 tulang lain yg boleh membawa maut. Selain itu, visceral fat sangat perlu diambil perhatian. Kerana, ianya adalah lemak atau kolesterol yg melekat didinding organ2 kita. Jika organ kita tidak sihat, maka sistem badan kita juga akan terjejas kepada penyakit kronik! Turut diberi perhatian adalah metabolic age(MA). Walaupun usia kita baru 22 tahun misalnya, jika MA kita 30, ini menandakan usia badan kita adalah TUA. Ini yg dikatakan, “tua sebelum usia”
Justeru itu, pemakanan yg sihat adalah aspek kepada kehidupan yg sihat. Kita juga perlu mewajibkan diri kita utk bersenam sekurang2nya 3 kali seminggu dalam 20-30minit setiap sesi. Pengamalan suppliment juga dapat membantu dalam menstabilkan keperluan nutrisi badan kita. Tapi, elakkan pengambilan suppliment yg mengandungi bahan kimia ya. Pastikan ianya diiktiraf KKM! 
Saya berharap perkongsian saya ini bermanfaat dan membantu anda untuk hidup lebih sihat dan ceria 🙂
Sumie | Shaklee Independent Distributor | 012.618.8159

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *