Cara bangun awal pagi :)

Assalamualaikum & salam sejahtera 🙂

Hari Isnin memang hari yang ‘lemau’ bagi semua orang. Sebab dah syok cuti tetibe kene keje, kan? Lain pulak dgn hari Jumaat. Tak sabarnye nak cuti. Ade pulak tu yang berkobar2 nak keje hari Jumaat. Termasuklah diriku, huhu…
Cara mudah nak bangun hari Isnin, atau sebenarnye termasuk hari2 lain jugee 🙂
1. Sebelum tidur, gunakan sedikit waktu untuk solat sunat Taubat 2 rakaat. Mohon pada Allah Ta’ala keampunan dan taubat spenuh hati. Sepanjang hari, walaupun x produktif, tak buat dosa, atau x buat apa2, kita tak pernah sedar kita menyakiti hati orang lain. Atau orang menyakiti hati kita. Jadi, dikesempatan ini, jangan sombong untuk meminta maaf dari Allah Ta’ala.
2. Selepas solat taubat, terus masuk bilik. Tepuk bantal 3 kali dan berselawat. Jangan scroll2 FB ke, Instagram ke ape ke. Terus tutup mata, niatkan dalam hati untuk bangun awal. Atau, lebih baik lagi niatlah untuk bangun bertahajud dan sujud kepadaNya.
2 tips ni amat berguna pada saya. Setakat ini. Alhamdulillah, senang bangun pagi dan juga senang nak berjaga untuk study 🙂
Oh, ye. In between, selepas solat taubat and tidur tu, saya amalkan 2 biji Ostematrix. Untuk tidur yg lebih lena dan memudahkan diri untuk bangun pagi. Selepas tu, sebelum tepuk2 bantal tu, amalkan bercakap pada diri sendiri. Ini kerana, ada kajian kata kalo kita bercakap dengan diri kita, hari2, sebelum tidur, otak otomatik generate ape yg kita cakapkan tu. Contoh, nak bangun pagi nak bangun pagi nak bangun pagi. So, otak tu dah seakan set apa yg kita  cakap dan pikir. Nanti tetiba je memang betul bangun pagi. (ok, sile set nak jadi kaya.Hehe. gurau je)
Ok, saya harap tips ni membantu masalah ‘lemau’ anda di hari Isnin atau hari2 yg berikutnya. Kita taknaklah hidup tanpa produktiviti,kan? Sedangkan kita ni khalifah di bumi Allah yang dituntut untuk beribadat dan bersyukur denganNya 🙂
Semoga berjaya 🙂
Hasil bangun pagi – dapatla buat sarapan and bekal ke opis. Kihkihkih 🙂

SUMIE | Shaklee Independent Distributor | 012.618.8159

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *