Isu MLM

Assalamualaikum & salam sejahtera 🙂
Baru-baru ni kat newsfeed FB saya banyak pula keluar screenshot seperti dibawah ini…
Sumber: PenMerahdotCom

Sumber: PenMerahdotCom
Tertusuk juga hati mengenangkan makcik tua itu. Sanggup bergadai wang ringgit demi anak kesayangannya. Anak pula, sanggup pula menipu mak dia yang tak berapa mampu itu. Sedih…sedih..sedih…
Disebabkan perkara macam inilah, saya percaya ramai yang tidak percaya, benci, dan anti-MLM. 
Macam saya. Dulu.

Tapi…sekarang saya pula yang terjebak dengan bisnes MLM ni. Siap sayang sesangatlah. Dulu rasa annoying sangat bila tengok orang tayang kereta mewah, rumah besar lepas tu ada thumbs up. Alaahai…mudahnya nak jadi kaya! Betul ke?

Jawapan saya?

Mudah, kalau anda fikirkan ianya mudah. Kalau susah, ianya akan jadi susah.

Isu utama yang saya perhatikan mengenai MLM ini adalah ISU MENCARI. Melalui pengalaman saya sepanjang berShaklee(Shaklee salah satu bisnes MLM yang kukuh hampir puluhan tahun walaupun semasa keadaan ekonomi merudum) MLM ni sebenarnya sama seperti bisnes lain. Maksudnya, katakanlah anda ingin berniaga makanan. Anda perlukan sumber makanan (supplies) itu sendiri. Selepas itu, anda perlu cacak tiang khemah ditepi jalan sebagai premis anda. Ianya tidak terhenti disitu kerana anda perlu menarik customer untuk membeli makanan daripada anda. Disitu akad jual beli berlangsung. Simple bukan?

Seperti Shaklee, ianya juga mudah (atau sebenarnya lebih mudah). Anda sudah mempunyai produk. Anda juga mempunyai support/ supplier sedia ada iaitu Shaklee Malaysia. Dan, traditionally, untuk menjual anda perlu mencari customer. See, sama bukan? Cuma, dengan berShaklee urusan anda lebih mudah kerana anda boleh mencari pelanggan, menjual, membeli produk anda melalui online.

ISU ORANG ATAS KAYA & GOYANG KAKI memang sinonim dengan bisnes MLM ni. Lebih parah lagi bila orang bawah tak jadi pun macam orang atas. Ok, macam ini lah. Baru-baru ni saya berkesempatan mendengar Webinar Kuliah Bisnes dari Azizan Osman. Antara perkara utama yang beliau tekankan dalam berbisnes ini ialah, untuk berjaya, cari MENTOR yang berjaya, untuk kaya, cari MENTOR yang kaya. Dan, pastikan MENTOR anda itu MAHU & SEDIA mengajar dan memimpin anda. Walaupun beliau tiada kereta mewah atau rumah besar, lihat dirinya dari segi semangatnya.

Alhamdulillah. Saya berShaklee dengan mentor dan leader yang hebat. Mereka tidak lokek ilmu, sentiasa berikan tunjuk-ajar, dorongan dan semangat. Yang penting, mereka semangat ingin lahirkan leader. Saya bersyukur kerana saya dibawah pimpinan kumpulan Jutawan. Mereka bukan sahaja tekankan kaya dunia, malah kaya akhirat pun mereka WAJIBKAN. Sebab itu kami ada 5 amalan magik. Rahsia khas dari JUTAWAN GROUP 🙂

MLM sama dengan SKIM CEPAT KAYA. Betul ke? Bagi saya, bergantung pada individu tersebut untuk treat MLM itu bagaimana. Kerana, saya percaya setiap bisnes MLM ada sistem mereka sendiri. Di Shaklee, setiap pembelian produk akan ada point. Walaupun anda ahli yang aktif ataupun tidak aktif, anda layak mendapat point dalam bentuk UV. UV adalah key factor untuk mengira bonus anda. Semakin banyak UV dikumpul, semakin cerah peluang anda mendapat bonus yang tinggi. Tapi mesti ada pembelian ya!

Bagaimana ingin mendapat UV dan bonus yang banyak? Back to BASIC, it is traditional business. Anda perlu mencari, menjual dan meluaskan perniagaan anda! Simple!

Shaklee Business bukan semata-mata menjual produk. Anda juga boleh ‘buat duit’ melalui UNTUNG RUNCIT. Menjadi kelebihan apabila anda menjadi ahli kerana anda layak mendapat harga produk jauh lebih rendah dari harga pasaran. Ini memotivasikan anda untuk bekerja lebih keras dan semangat. Jadi, tiada isu Shaklee ini satu plan perniagaan yang menganiaya masyarakat jika anda faham sistem dan konsepnya.

Secara jujur, saya tak pernah pun terfikir nak join Shaklee ni. DULU. Cuma, ada satu hari tu, saya terfikir, kalau betul Shaklee ni boleh ‘buat duit’ dan bawak saya dan family pergi UMRAH FREE (serius rindu Ka’bah) apa salahnya saya cuba, kan? Tup Tup…eh, abah saya dapat tawaran Haji 2015. Alhamdulillah. Bersyukur sangat. Dan, bonus Shaklee monthly yg saya dapat tu, secara bulanan dah terkumpul untuk duit belanja abah di Mekah nanti. Seronok, kan?

Sumie 🙂

You may also like

1 Comment

  1. Salam,

    Saya nak minta tolong review applikasi android ini boleh?

    Syarat kena install lepas itu review..
    Jika dah buat semua itu tinggalkan link diruang komen nanti saya hubungi anda untuk bagi Gift Voucher Code 12% discount untuk membeli di blogshop kami.

    Link ada dibawah ini

    New Aplikasi Android Baju Sweet Muslimah

    Terima kasih

    Jika nak beriklan pun boleh sy ada buka untuk 10 iklan secara percuma diblog 🙂
    Berminat boleh tinggal komen di blog saya akan ajar. Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *