Comfort Zone = Income Zone

Assalamualaikum & salam sejahtera 🙂

comfort zone = income zone

anda selesa?

semalam saya dan suami berbincang. dimana tahap taraf kehidupan kami.

alhamdulillah. segalanya mencukupi.

tapi, kenapa ada something missing?

dan, suami saya pun berkata. zaman nabi dulu pun mereka keluar dari ruang keselesaan mereka.

mereka berniaga. mereka mengambil risiko. mereka mengorbankan masa, tenaga, jiwa dan raga untuk menegakkan agama.

jika mereka berasa selesa ditahap mereka pada waktu itu, bagaiman pula dengan cabaran akan datang?

bagaimana pembentukan ummah terbina? adakah masih di takuk lama walaupun perubahan zaman kian pesat?

ok, berbalik kepada comfort zone = income zone.

saya seperti rasa, jika saya cukup selesa dengan income yg saya ada kini, bagaimana pula dengan masa hadapan?

kini, kami tinggal berdua. semuanya cukup. makan pakai belanja harian semuanya mencukupi &  sempurna.

tapi, bagaimana pula jika insyaAllah rezeki kami memiliki cahaya mata? adakah income sekarang ini cukup? dan adakah kami cukup selesa nanti?

selain daripada itu. jika kita letakkan diri kita di zon yg selesa. sbg contoh: kehidupan kita sama. rutin harian sama. apa yg kita pakai, makan, dan perkara yg dilakukan adalah sama. apakah & bagaimana pula sumbangan kita kepada masyarakat?

eh, bukan ke kita ini semua adalah khalifah? yg saling perlu memerlukan?

jika saya tidak keluar dari zon selesa saya? apa value yg saya beri kepada orang sekeliling? especially family saya?

kesimpulan saya. kita perlu keluar dari zon keselesaan kita.

bukan tidak bersyukur dengan apa yg kita miliki. tapi, apa manfaat yg kita sudah beri kepada orang lain yg boleh menambah nilai kehidupan orang lain?

bukankah dengan memberi manfaat kepada orang lain hidup kita lebih lebih lebih selesa?

mungkin ini jawapan kepada : tapi, kenapa ada something missing?

-sumie-

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *