Zakat

Assalamualaikum & salam sejahtera 🙂

Hari ni saya ada beberapa soalan. Soalan ni biasa2 je. Tapi, impaknya luar biasa.

Anda tahu tak pasal zakat?

Kenapa kita wajib mengeluarkan zakat?

Macam mana nak keluarkan zakat?

Berapa banyak yang perlu dikeluarkan untuk zakat?

Hmm…banyakkan soalan2 tentang zakat?

Kenapa saya tanya soalan ini?

Sebab, berbalik kepada entri ini.

Hari itu saya berkesempatan mendengar Webinar Kuliah Business dari Doktor Azizan Osman.

Antara perkara yang beliau sampaikan di hujung2 kuliah itu adalah,

“kenapa aku nak kaya? aku taknaklah kaya. nanti ianya buatkan aku lupa diri. bila lupa diri tidak dapat aku beribadat kepada Allah Ta’ala”

Lebih kurang macam tu lah.

Sepatutnya, orang solehlah yang perlu menjadi kaya. Bila anda kaya, anda berjaya, lebih banyak masa anda boleh luangkan untuk Allah Ta’ala.

Anda boleh membantu orang lain menjadi seperti anda, anda mempunyai masa dan kemewahan untuk didermakan kepada yang susah.

Bayangkan jika anda seorang jutawan. 2.5% sahaja yg diperlukan dari jumlah pendapatan anda untuk Zakat.

Bayangkan, berapa ramai orang susah dapat anda bantu?

Terlalu ramai orang yang memerlukan, tapi kita tidak sedar.

Terlalu sombong diri kita kerana melupakan mereka.

Saya berharap, semoga saya dan suami tidak tergolong dalam golongan yang lalai dan mementingkan diri. Amin.

Sumie

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *