10 malam terakhir

Assalamualaikum & salam sejahtera 😉

Baru terjaga dari tidur. Rasa nak nanges. Nanges yg nak merengek2. Huhu…Sebab?
Sebab lepas Isya’ tadi tertidur. Tak solat terawikh lagi. Rugi! 
Jadi, dgn perasaan yg murung & bercampur baur(blurrr) cecepat gi amik wudhu’ dan mulakan solat. Alhamdulillah, tenang.
Dah nak masuk 10 malam terakhir. Bila fikir lagi(saat menaip ni), rasa macam nak nanges meraung2.Kenapa cepatnya masa berlalu? Rasanya baru je masuk Ramadhan. Baru happy2 nak penuhkan bulan ini dengan ibadat. Sebab bulan ni sangat2 mulia. Bulan ni jugak peluang kita nak mintak ampun kaw kaw so that insyaAllah boleh masuk syurga(aminn).
Betullah bait lagu(apentah). “semakin hampir makin jauh..ooo” Macam ni jugak Ramdhan.Ustaz cakap haritu, tanda2 kiamat ginila. Masa seakan berputar begitu laju tanpa kite sedar. Tau tau eh da malam, eh da siang…
Ramadhan nak berakhir. Huu…ada satu malam yg sangat istimewa iaitu malam AlQadar.Malam keampunan. Allah bagi satu malam ni special utk kita tunduk sujud tawadu’ kepadaNya. Ya Allah, aku berniat supaya aku ditemukan malam yg istimewa ini Ya Allah.
Ustaz bagi tips(disamping pembacaan sndri), nak tahu bila malam AlQadar ini, ialah malam yg ganjil, iaitu malam ke 21 23 25 27 29 Ramadhan. 
Malam tu katanya tenang. Tak berapa panas, tak berapa sejuk. Malam tu juga semua makhluk tunduk padaNya.
Allahu, kalau makhluk lain selain manusia pon tahu hormat Allah Ta’ala, kita bagaimana?Yg ade akal fikiran yg terdidik dgn sempurna dari kecil, takkan buat tak tau je?
Ya Allah, temukan aku dan seluruh umat islam dgn malam yg istimewa ini Ya Allah. Aminnn…
Sumie
snursumiyah@gmail.com

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *