Dah setahun berShaklee, takde kereta mewah pon!

Assalamualaikum & salam sejahtera 🙂

Pejam celik pejam celik, mengikut tarikh registration ID Shaklee, kiranya Sumie dah setahun join Shaklee. Tapi kalau yg sebenar2nye Sumie serius berbisnes Shaklee awal bulan September. Yelah, dah dapat lose weight dlm beberapa minggu, dah boleh sangatlah nak share keberkesanan produk, ye tak? Kecoh sangat! Hehe

So, YES! Dah setahun dah berShaklee. Sembang lebat kata orang tu. Eh, tapi takde pon kereta mewah? Koman2 pon tukarlah kereta import. Ni masih pakai Proton je. Kan orang MLM selalu tayang kereta besar, duit kepuk2. Katenya masyuuuk… dan erm…macam2 lagilah!

Sumie takde pun tu semua?

Oh, YES! Sebelum Sumie jawap persoalan itu, Sumie nak list kan apa yang Sumie capai sepanjang berShaklee ni.

1. Lose weight
– Kalau siapa yg follow Sumie dari awal (eceh..macam ramai je followers kan) u all mesti tau berat asal Sumie berapa dan macam mana Sumie boleh turunkan berat badan gaya Shaklee. Eh, tu kira kejayaan yg patot dibanggakan tau! Haha!

2. Belajar tentang bisnes
– Kalau tak sebab Shaklee ni takdelah Sumie nak push diri Sumie ni belajar benda baru. Sedangkan ilmu tu harta yg perlu dicari yg jadi bekalan untuk masuk kubur nanti. Kihkihkih 🙂

Dengan Shaklee ni la Sumie belajar camna nak jual barang, branding diri, build networking, jumpa orang2 berjaya, jumpa orang yg nak kaya tapi taknak berusaha..eh! Hehe

3. Self improvement
– Biasalah, orang meniaga ni kalau bukak kedai siap letak banner besar2 tulis promosi kaw kaw, promosi sampai 2 3 kali Maal Hijrah pon, tapi still takde orang datang, tu dah kira cukup down dah tu.

Berniaga Shaklee ni walaupun dah cukup mudah, tak yah bukak kedai, tapi once orang REJECT taknak beli barang kita, jangan tipu diri sendiri lah kalau tak down kan. Sumie tau semua distributor Shaklee walaupun dia dah jadi Jutawan sekalipun, kalau dah kena REJECT, serba sedikit sentappp…haha!

Tapi tapi tapi…it is not a matter of sentap. Sebenarnya, macam mana kita terima rejection tu, dan macam mana kita improve diri kita untuk perbaiki perniagaan kita, tu yg sangat2 bernilai tau. Dan Alhamdulillah, I am OKAY 🙂

Sumie rasa siapa yg nak uji kekebalan hati dan minda tu, try lah buat bisnes Shaklee ni. You all akan rasa the beauty of rejection. Hehe!

4. Magic
– Ada satu rahsia turun temurun yg diwariskan kepada saya oleh mak mak bisnes saya, iaitu MAGIC! Kalau nak tahu, magic ni lah yg membawa saya berjumpa(baca-sering berjumpa) dengan orang2 yg berjaya. Saya tak minta pun. Tapi, orang2 ni yg muncul dan menjadi kawan, inspirasi, kepada saya dan suami. Hehe

5. Kumpul duit Haji Abah
– Haha! memang ni pun point utama bisnes Shaklee secara serius. Biasalah, anak yg tak berapa baik ni, nak balas jasa orang tua camna lagi kan? Lepas ni kumpul duit untuk arwah ibu lak. Boleh bawak abah lagi sekali untuk Badal Haji. Bestnyeee!!!

Ok ok ok…mana dia cerita kereta mewah?

Haha! Jawapan = TIADA

Sebab? = Bukan point utama

Tapi kalau dapat memang BEST!

Ramai yg beranggapan bisnes MLM ni bisnes tipu orang. Money game sangat sebab selalunya MLMer ni akan tarik orang dengan cara tayang kereta mewah, rumah besar, duit kepuk2 walaupun hakikatnya bukan diorang punya pon.

(Sumie tayang gak, tayang kereta showroom sambil pakai seliper jepun. haha)

So, disebabkan itu ada segelintir orang dia ‘alegik’ dengan word “MLM”(macam saya dulu). Selalunya yg ‘alegik’ ni bila mana tiba2 kita mesej die nak tanya benda lain, 2 3 hari baru nak reply(mujur 2 3 hari. ade tu tak reply langsung. haha!).

Dan, ade yg ‘alegik’ ni, sampaikan hubungan kengkawan ni renggang(mungkin sebab die pikir peluang Shaklee ni “seperti mencurah air kedaun keladi” kot…haha)

Dan, ada segelintir orang dia x allergy, tapi dia akan cakap “ko buat dulu, bila ko dah berjaya(ade kereta mewah, rumah besar, duit kepuk2) nanti aku join”

Sedangkan mereka tak paham konsep sebenar Multi Level Marketing yg genuine(nanti nak cerita lah kat next entry)

Hmm…tu la sebabnya akan ada kata2 sinis camni “wah! dah join Shaklee, tayangla sket kereta besar”

Untuk sayalah tu. Haha!

Tapi Sumie tak kesah. Kebendaan tu semua bukan motif utama pon.

Motif Sumie cuma nak financial & time freedom je.

Lagipun, takkanlah Sumie nak kena tayang duit riban2 hasil bonus Shaklee kan? Tak pasal2 tayang sekarang, jap lagi kene rompak. Nauzubillah!

Lagi satu, rasanya tak berapa bijak nak duduk rumah besar gedabak, tapi penghuninya kami berdua je. Baik buat reban ayam ke…ladang lembu ke…rumah kambing ke…barulah masyuukk…”duit bergerak” kate orang…haha!

Kereta mewah? Hmm…menarik! Tapi, sape belajar akaun die pahamlah konsep aset yg berliabiliti. Konsep ni macam lagu “semakin hampir makin jauh” Sebabnya, semakin hampir nak habes bayar loan, semakin rabak poket nak handle maintenance dan akhirnye jadi besi buruk. Kihkihkih 🙂

So, ape ada hal. “dah setahun berShaklee, takde kereta mewah pon”

Haha!

Sumie
snursumiyah@gmail.com
0126188159

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *