Prediction vs Reality

Assalamualaikum & salam sejahtera 🙂

Alhamdulillah, baru selesai menghadiri Grand Business Opportunity Meeting dibawah program Jejak Jutawan yang di anjurkan oleh Shaklee Malaysia. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. Dan team kami berjaya membawa 6 prospek baru yang serious ingin tahu bagaimana Shaklee dapat memberi kehidupan yang lebih sihat dan selesa.

Disebalik program sebegini, ada kisah yang agak best saya nak share.

Teringat masa mula-mula saya join bisnes Shaklee ni. Masa tu upline saya ajak datang ke satu event yg di panggil “Motivation Rally dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri”. Haram jadah saya tak tahu apa tu Motivation Rally. Yang saya tahu waktu tu, open house dan MAKAN FREE. Hahahaha…Tapi, nak bisnes punya pasal, saya redah je la.

Masa tu saya keseorangan. Saya cuma kenal upline saya je. Tak kenal sesiapa pun. Malu, segan, bercampur baur dan rasa nak patah balik rumah pon ada. Masa tu juga, saya tahu husben saya menyokong saya untuk berbisnes, tapi dari riak muka dia saya tahu dia tak happy nak datang event tu. Biasalah, MLM…apa yg U boleh expect selain “alaaa…MLM ni bisnes penipu. makan duit orang. upline goyang kaki, downline makan kaki”. Tapi, sayang bini punye pasal kannn…teman je la…haha!

Apa yang dalam fikiran saya masa sebelum event tu bermula adalah:

  • sesiapa pun yg berucap waktu tu dia akan mulakan ucapan dia yg berbunyi macam ni “apa khabar jutawan “L***!!!” dan semua orang pon bertepuk tangan dengan gemuruhnya(saya sangat annoying dgn perkataan seperti itu T_T )
  • dan adalah lagu semangat2 siket nak menyemarakkan semangat kononnya…
  • pintu dewan ditutup rapat2 so that nobody can get out of the room. (ini sangat serius sbb mengikut pengalaman time kecik2, nak pegi buang air pon kene tahan. grr…)

Tapi, apa yang berlaku sebaliknya:

  • masa pembukaan majlis, ada “Master Parade”. Master Parade ni rupanya emcee akan menyambut kesemua Master masuk ke dalam hall, melalui red carpet & diiringi lambaian kasih-sayang(cewah! ala2 role model gittew). Ramai giler master waktu tu, tapi “master” tu pon ku tak tahu ape benda. haha!
  • kebetulan masa tu, ada special guest dari USA(serius lupa nama) tapi mereka ini adalah antara orang terpenting dalam Shaklee Corporation(orang kanan Roger Barnett lah lebih kurang)
  • lepas tu barulah ada slot motivasi. takdelah motivasi sangat. cumanya, ianya sharing dari master2 yg dah berjaya dengan Shaklee. Sharing mereka inilah motivasi sebenar. Kat sinilah titik tolak yang kalau anda join Shaklee & event camni, anda akan “WOW!!!” bila dengar sharing mereka ni.
  • lepas slot motivation tu, maka sampailah slot penganugerahan  – rewards untuk para leaders yg berjaya mencapai rank dan efektif dalam bisnes cycle tersebut. Di slot ini, anda akan “WOW!!!” lagi sekali. Sebabnya, emcee akan reveal jumlah pendapatan yg mereka ini dapat. Ok, kalau nak tahu, minimum pendapatan yg boleh anda perolehi di rank paling rendah adalah RM20,000 tahunan. Tidak termasuk insentif lain seperti tabung kereta.

Prediction vs Reality…kihkihkih (tampar muka sendiri)

So, apa yang terjadi selepas saya dan husben pergi ke event ni?

—–> saya serious berShaklee secara part time

—–> mata & hati husben saya terbukak luas

Saya berfikir, kalau saya tak pergi event macam tu, setahun yang lepas:

  • saya masih “selesa” dengan kehidupan saya yang sememangnya tak selesa
  • abah mertua saya tak pergi haji tahun ni – ini perkara yg serius & sensitif untuk diceritakan. haha!
  • saya takkan dapat define apa itu “success” – i mean, real success!
  • saya takkan duduk dirumah sekarang ini sambil masak makanan kegemaran suami, sambil tengok tv, ataupun shopping di waktu ketidaksesakan manusia.

Haha. Point last sekali tu memang paling menarik, kan? So, moral of the story yg saya nak sampaikan ialah:

  • BERHENTI BERBURUK SANGKA –  ini akan membawa akibat yg buruk. apabila anda bersangka buruk, anda akan menjadi magnet dan menarik keburukan. sebab, anda dah set dalam minda sesuatu yg buruk. so yg buruk2 akan follow anda. result sesuatu perkara pun buruk ler jawapnye…
  • “kalau padi katakan padi tidaklah aku tertampi2. kalau jadi katakan jadi tidaklah aku ternanti” – gitu siap nyanyi! haha… maksudnya, setiap keinginan/kehendak kita perlu capai dengan pantas. saya yakin ramai kat luar sana nak hidup selesa dan kaya. bagi saya, go for it and grab it! janganlah kata nak kaya, tapi masih di takuk yg lama. nothing to do kecuali merungut.
  • sentiasa sokong pasangan anda. kaadangkala pasangan kita cuba nak bantu kita hidup lebih selesa. jadi, janganlah terus buat sesuatu keputusan tanpa ilmu. pendapat saya, bagi ruang pada diri sendiri untuk mengkaji sesuatu, fahami dan baru buat keputusan. jangan sampai biarkan pasangan anda buat kerja diam-diam tanpa pengetahuan. kesian dia 🙂
Business Opportunity
Dulu saya seperti mereka, tak tahu apa-apa, datang dan belajar. Sekarang pon. Haha!
Business Opportunity
Public Awareness. Sebab tol baru naik kan. Ramai yg perlukan pendapatan tambahan untuk tingkatkan ekonomi.

Business Opportunity

Business Opportunity

Business Opportunity
Bisnes mak-mak katanya. Tapi, untuk bantu bapak-bapak jugak. Kan?

Setahun yang lepas, with a cracky motion, husben dan saya(of course saya) pejam mata je jalankan bisnes ni. Walaupun tak kaya raya (which I have my own definition about kaya raya) macam orang lain, kami redah je. Jatuh bangun dalam bisnes, biasalah. But, at least kami dapat capai target kami(target tu SANGAT BESAR ok!) Dan yang paling best saya dah tak payah rushing pergi ofis, hari ini. Hahahahahaha!

 

==========================================

order produk shaklee/ jom bisnes shaklee

sumie | 012.618.8159 | snursumiyah@gmail.com

==========================================

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *