Kerana ayat ini, saya buat keputusan drastik!

Assalamualaikum & salam sejahtera 🙂

Bukan lagi desas-desus, bukan lagi gossip. Ianya memang realiti yg diimaginasikan seperti sebelum ini.

Saya sudah berhenti kerja makan gaji. Dan kini saya sepenuh masa bekerja dari rumah. Handle bisnes Shaklee saya fulltime.

Ye, memang drastik! Walaupun saya menghadapi dilema dan tekanan utk membuat keputusan ini. Tapi…

“faiza ‘azamta fatawakkaltu ‘alallah”

Tatkala saya berada dalam dilema, kesusahan, keberatan dan segala2nya, maka terpacullah ayat ini di timeline FB saya.

“jika kau tekad, maka berserahlah kepada Allah”

Maka, saya pun tekad. Tanpa sebarang keraguan kecuali hanya percaya pada Allah Ta’ala.

Ramai yg terkejut. Especially clients company saya. Mereka assume saya dapat better offer. Nope! Oh, actually YES! Saya dapat offer position sebagai Accounts Manager, dengan gaji yg lebih tinggi – additional alowance provided. 

Tapi saya tolak. Sebab, back to WHY saya resign. Saya nak MASA saya. Saya nak hanya saya manage masa saya, kerana saya yakin kehidupan yg selesa adalah dengan masa yg cukup. Dan, dari masa lah sumber income itu wujud.

Mula2, saya tak yakin. Tipu kalau saya tekad, perasaan ragu2 tu masih ada. Tapi, Allah Maha Mengetahui. Bila mana satu pintu rezeki itu tertutup, maka yg lain terbentang luas.

Order Shaklee bertambah. Saya dapat business partner baru, dan saya puas menghabiskan masa sebagai suri husben saya & masih menjadi wanita bekerjaya.

Alhamdulillah. Perancangan Allah Maha Hebat!

Official announcement for my resignation

Kelmarin, saya masih bertanya husben saya…

“abang, Sumie buat keputusan yg betul ke?”

Husben cakap…”YES, Sumie buat benda betul”

Allah nak tunjuk, perancanganNya Maha Hebat bilamana saya di uji dgn keadaan mak yg tak sedarkan diri keesokan harinya. Saya berfikir, kalau saya terus bekerja, dan pada tarikh ini, saya sedang berperang dgn closing di office, logik ke utk saya EL selama mungkin utk sentiasa disisi mak saya?

Subhanallah. Allah Maha Mengetahui.
Sumie

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *