Nostalgia zaman kanak-kanak

Ayah saya dulu seorang technician di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Ingat lagi, time kecik2 dulu ayah selalu bawa saya & family ke TV program. Macam…Hiburan Minggu Ini(HMI), Sendaloka Bersama Singer(SBS), Di Mana Joe Jambul(DMJJ) dan macam2 lagi la. Siapa yg lahir 80’s dia tau la program DMJJ ni. Hehe.

Selalunya bila ikut ayah ke TV program ni, mesti esoknya atau hari program tersebut, ayah akan bagitau bila program tu keluar tv. Nanti, siap2lah duduk depan tv. Bukan nak tgk pon program tu, saja gatal nak tgk muka sendiri masuk tv. Haha.

Dulu, takde Astro atau tv program lain. Yg ade channel TV1, TV2, TV3 je. So, bila kat sekolah ada yg tego “eh, sumie…aku nampak muka ko dalam tv!” – tu da jadi kebiasaan. Malu memang malu la. Haha!

Filem Negara, Angkasapuri, bilik berita, seleberiti, menteri…dah jadi kenangan sangat buat saya. Especially ayah kot. Dah berapa lama ayah pencen. Kengkadang rindu pulak zaman2 tu. Hihi

Ingat lagi, kerja ayah dulu selalu outstation. Boleh kata seluruh pelusuk Malaysia ni, ayah dah pergi. Itu sebabnya kalau berjalan dengan ayah, pergi luar dari Selangor, takde hal. Satu, sebab ayah jenis redah. Kedua, sebab kebanyakan tempat yg dia pergi adalah tempat yg dia dah pernah pergi.

Ayah punya outstation dulu bukan melibatkan sehari dua. Selalunya seminggu paling sekejap dan kalau ada acara besar, macam Komanwel, SUKMA, Sea Games, ha…yang tu agak lamaaa sangat nak jumpa ayah. Masa tu la, kitorang duduk kat rumah dgn mak kadang2 ketakutan. Pernah satu ketika, tinggal saya dan mak je kat rumah. Abang & kakak2 semua dok asrama. Imaginela macam mana tidur kat rumah tu pasang semua lampu. haha!

Tapi, yang bestnya bila ayah outstation, balik dari outstation mesti ayah akan beli “jajan”. Keropok lekor kalau ke pantai timur, periuk kuali kalau ke Langkawi. Kalau ade program besar2an, ayah akan belikan kitorang maskot, t-shirt dan gift2 yg dijual. Ayah selalu cakap ayah dapat free. Tapi, saya tahu, ayah beli ;’)

Beberapa tahun sebelum pencen, ayah dah kurang outstation. Masa tu arwah nenek start sakit tua. Ayah kerap pergi rumah nenek dan berjaga di sana. Tapi, masih sempatlah buat program tv. Tak silap saya paling latest waktu tu rancangan “Apa Kata Wanita”.

Kerja ayah bagi saya sangat2 best. Walaupun ‘biasa-biasa’ aje(yelah, technician duduk belakang tabir kan), bagi saya kerja macam ayah tu impactnya di kehidupan seharian.

Ayah bekerja, sambil belajar. Waktu dirumah kurang dgn anak2 demi masa depan anak2. But, at the end of the day, ayah pencen dgn gembira. Anak2 dibesarkan dgn cemerlang, ade kerjaya masing2, dan sekarang dia buat apa yg dia nak buat walaupun sepatotnya dalam usia dia 60++ ni, dia dah tak payah buat apa pon. Rileksss kata orang tu. hehe.

Saya? Saya pon nak jadi macam ayah. Selalu pikir jauh. Selalu pikir masa depan, untuk org2 yg saya sayang. Cuma, kaedahnya berbeza. Saya pilih untuk kerja dirumah. Saya pilih untuk memiliki masa saya sendiri. Sebab, bagi saya masa tak boleh berpatah balik. Saya taknak repeat masa ayah. Selalu berjauhan dgn kami. Apa yang  saya nak ialah saya sentiasa ada sekiranya mak ayah abah perlukan saya.

Itu sebab saya memilih bisnes ini ;’)

Feminin TV1
Nice shot from Feminin TV1 program. Nostalgia zaman kanak2 kembali serta -merta. Hihi

 

Feminin TV1
Tak pernah kene interview. Gugup sampai terpejam2 mata. Haha!
Thanks Mira for the opportunity 🙂
Kenangan bersama Tan Sri Paduka Seri Zaleha Ismail semasa Hi-Tea Wanita Inspirasiku 2015. Dia pesan suruh makan Collagen Shaklee untuk dapat kulit cantik macam dia tau!

 

 

Order Produk Shaklee/ Bisnes Shaklee dgn Sumie

012.618.8159

snursumiyah@gmail.com

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *