5 kesilapan berbisnes di FB personal

 

Seram bila ingat balik kisah masa mula berniaga, especially kat FB personal.

Mimpi ngeri!

Saya harap sangat, kawan-kawan saya yang berniaga di FB ni jangan lakukan kesilapan bisnes yang macam pernah saya buat dulu.

Direct Approach
– Teringat satu hari tu, ternampak member post cakap anak masuk hospital sebab sakit apa pun tak tau. Saya yang tak berapa bijak waktu tu pergi PM dia terus tanya nak tak beli produk sekian sekian. Halloo…anak dia tengah sakit kot??? 😪

Cerita benda yang sama
– Memanglah produk yang kita jual tu bagus, banyak kebaikannya. Tapi asyik-asyik cakap “produk ni boleh kuruskan badan” “hanya produk ni yang boleh buatkan anda langsing. tak payah makan apa-apa selain produk ni” –> ni memang kes berat. Tak logik. Kita kalau tak makan nasi sehari nanges kot. Haha 😆

Hardsell
– Hari-hari menjual. Hari-hari asyik cakap “mari mari…promo promo” Memanglah bila buat camtu akan ada order masuk. Tapi, saya tau kawan-kawan saya yang lain semak dengan promo promo ni. Semak sangat! Haha 😆

Terlalu terperinci
– Saya tak pernah buat. Tapi saya bercakap sebagai bakal customer. Kadang rasa loya bila nampak iklan yang cerita hal hal dalaman. Kadang tu, ada yang siap tunjuk gambo. Aduh…selalunya kalau sharing gini, saya da unfollow siap-siap orang tu. Tak sanggup tengok. Malu pon ada 😣—> kan dah hilang bakal customer.

Condemn produk lain
– Yang ni tak pasti saya pernah buat ke tak. Rasanya tak, tapi taktaulah kalau ada yang terasa. Memang produk kita ni memang terbaik disekelian alam, tapi jangan sampai kita mengata dan mengutuk produk orang lain. Sebabnya, badan manusia kan lain-lain. Mungkin yang ni x kena dgn yang tu, kan?

Ini antara kesilapan bisnes yang pernah saya lakukan dan berdasarkan perasaan saya sebagai prospek. Banyak nak kena perbetulkan & banyak kene belajar lagi.

Tapi, saya bersyukur. Saya cepat sedar. Alhamdulillah, almost 3 tahun saya mulakan bisnes networking saya, berjumpa ramai golongan entrepreneur, banyak kelas yang saya attend, serba sedikit skill bisnes saya dapat diasah. Yang seronoknya, kita boleh naikkan sales dan menambah kenalan.

Saya sedang merangka gerak kerja untuk cycle business 2017/2018. Harapan saya, supaya dapat menjalankan bisnes ini lebih simplified, remote-able and achievable. Sayang kalau bakal leaders dibawah saya tak grab peluang ini. Yang pastinya ianya lebih mengujakan!

Jika anda berminat dengan bisnes yang saya jalankan ini, bolehlah contact saya Sumie Hussin-0126188159.

Saya akan eplain lebih details lagi.

xoxo,

Sumie

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *