Pemeriksaan Kesihatan

 

Terima kasih Allah Ta’ala bagi suami demam, sakit badan, gastrik melampau, kepala nak pecah, hilang selera makan selama beberapa minggu yang lepas. Dugaan nak sembuh tu, hanya Allah sahaja yang tahu.

Kalau Allah tak bagi pengalaman tu saya rasa sampai bila-bila dia(atau mungkin saya sendiri) akan teruskan gaya hidup yang tidak sihat seperti makan & minum tinggi gula, processed food, MSG dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Alhamdulillah, baru lepas buat medical check-up, dan dah dapat report, semua dalam paras NORMAL untuk suami, walaupun last two weeks mengalami keresahan melampau 

Bagi pendapat saya, awal 30an adalah waktu yang sesuai untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala, sekurang-kurangnya setahun sekali. Mengapa? Baca selanjutnya…

Bagaimana pemeriksaan kesihatan dilakukan?

Biasanya, Doktor akan ambil sample darah kita, dan juga air kencing untuk dibawa ke makmal perubatan. Jika anda ke klinik biasa(swasta), sesetengah tempat akan mendapat result dalam 3-4 hari. Kebiasaan bagi Klinik Kesihatan Kerajaan, result akan diperolehi dalam masa 2 minggu sekurang-kurangnya.

Apa yang menarik tentang pemeriksaan ini?

Pemeriksaan kesihatan ini akan memberikan keputusan laporan kesihatan anda secara menyeluruh. Antaranya, laporan mengenai darah anda, tahap diabetis, liver function result, kolesterol, imunisasi dan lain-lain result.

Pada pendapat saya, bila kita tahu tahap kesihatan kita, kita akan lebih menghargai kehidupan kita. Kita akan mula berjaga-jaga dalam pemilihan makanan dan gaya hidup. Tapi, persoalannya bagaimana kita mahu mulakan pemakanan & gaya hidup yang sihat?

Justeru, keputusan pemeriksaan inilah yang akan jadi guideline kita. Sebagai contoh, melalui laporan, tahap kolesterol adalah pada bacaan yang tidak normal. Jadi, kita akan mulakan pengambilan makanan yang boleh mengurangkan bacaan lemak jahat dalam badan kita. Sebagai contoh, penambahan minyak ikan yang kaya dengan DHA & EPA dalam diet harian kita.

Jadi, jika kita menjadikan pemeriksaan kesihatan ini sebagai rutin tahunan kita, tak mustahil kita boleh menurunkan statistik penyakit kronik dalam negara ini, dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *